Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012
Abby Abadi Cari Barang Nikah?

Abby Abadi Cari Barang Nikah? Sebuah laman web hiburan tempatan jadi musykil dengan status Abby Abadi baru-baru ini apabila melihat gambar terbaru yang dimuat naik oleh Abby sendiri.

Gambar tersebut yang memperlihatkan Abby berada didalam sebuah kedai bunga telah menarik perhatian pemilik laman itu, apatah lagi apabila Abby menulis status;

"Mencari apa yang patut untuk...Jeng! Jeng! Jeng! Huhu...Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D"

Ada sekeping foto melihatkan seorang perempuan yang kelihatan seperti Abby bersama seorang lelaki yang mana masing-masing memegang kad yang tertera ayat 'Marry me!' dan 'You and Me'

Malah, pengendali tersebut berkata..."

"Lebih mencurigakan foto itu berserta dengan status Abby yang menulis " Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya..."

Status dan foto yang dimuat naik itu telah menjadi tanda tanya dan menimbulkan persoalan kepada semua pengikutnya. Malah ada yang sudah mendoakan kebahagiaan Abby serta mengucapkan tahniah di laman Instagram milik akaunnya itu.– Info Hiburan @ Kezoom





0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup