Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012
Gambar Ning Ketika Hamil 7 Bulan

Gambar Ning Ketika Hamil 7 Bulan ! Beginilah penampilan penyanyi popular Ning Baizura walaupun sedang sarat hamil 7 bulan.

Ning yang ketika ditemui disebuah majlis pelancaran anugerah untuk wanita anjuran stesen TV, NTV7 baru-baru ini, penyanyi Awan Terpilu itu telah menggayakan gaun kotel yang sendat meriah dengan sequined warna-warni sesuai dengan tema acara pada malam berkenan.

Ning Baizura yang ditemani suami tercinta, Chris Dalton tampak begitu ceria walaupun berdebar-debar menanti kelahiran cahaya mata pertama pada awal tahun depan.

Ning Baizura dilihat agak rancak berborak mesra dengan beberapa selebriti popular seperti Shila Amzah, Daphne Iking, Elaine Daly dan tidak ketinggalan bersama usahawan serta socialite terkenal, Elyna Effendi.

Ketika ditanya, Ning enggan memberi tahu jantina bakal bayinya itu, Ning Baizura bagaimanapun sempat berkongsi cerita mengenai pengalamannya ketika di bandaraya New York, baru-baru ini.

"Memang seronok tak terkata ketika berada di sana. Walaupun misi abang (suami) untuk menyertai larian marathon di sana tidak tercapai, tapi kami sempat melakukan beberapa aktiviti termasuklah membeli-belah.

"Penat memang lah penat, lebih-lebih lagi saya berbadan dua. Tak banyak juga yang dapat saya lihat kerana ketika berada di sana sedang sibuk untuk pilihan raya. Jadi banyak habiskan masa di pangsapuri kami yang kebetulan hampit di Central Park," cerita Ning Baizura.

Anggun dengan gaya rambut lurus yang lengkap dengan solekan nipis tapi memikat, Ning Baizura berani menyarungkan tumit tinggi tiga inci bewarna cerah serta lengkap bersama-sama clutch kecil unik.

Walaupun dilihat agak bersemangat, Ning Baizura menyedari dirinya berbadan dua, Ning Baizura nampaknya tidak mampu berdiri terlalu lama yang kemudiannya diberikan kerusi oleh suami tercinta selepas 10 minit berdiri di majlis berkenaan. So sweet.– Info Hiburan @ Kezoom


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup