Sunday, December 23, 2012

Sunday, December 23, 2012

Pengarah JD Khalid Kini Hidup Derita

Pengarah JD Khalid Kini Hidup Derita ! “SAYA tak mahu belas kasihan tapi minta individu berkenaan memberikan hak yang sepatutnya menjadi milik saya serta rakan senasib,” kata Abdullah Khalit Omar, 65, yang juga dikenali dengan JD Khalid.

Dia yang sebelum ini sering menghiasi drama serta filem arahan pengarah tempatan kini uzur dan menggunakan bantuan tongkat disebabkan kesan kemalangan 20 tahun lalu, sekali gus bergantung kepada isteri dan anak untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

“Hidup saya berubah secara drastik sejak kemalangan ketika pulang daripada penggambaran filem Changkat Buana di Gurun, Kedah.

“Saya koma selama sembilan hari dan langsung tidak mengenali isteri serta anak sebaik sedar... tentu saja saya tak dapat kembali ke dunia lakonan mencari rezeki.



“Biarpun pernah mendapat tawaran, memikirkan kesihatan tidak mengizinkan, saya menolak kerana tak mahu menjadi bebanan kepada orang lain,” katanya yang pernah muncul dalam beberapa drama popular serta filem tempatan seperti Driving School dan Perempuan, Isteri dan ....


Katanya, biarpun sesukar manapun kehidupan, dia dan isteri lebih gemar berdikari dan memilih hidup menyendiri berbanding menjaja kesusahannya.

Menceritakan hidupnya dulu jauh lebih selesa berbanding sekarang, dia meluahkan rasa terkilan kerana tiada insentif tertentu buat artis veteran menjalani hidup pada usia emas.

“Hendak kata senang, hidup anak wayang seperti saya taklah segah mana digambarkan orang. Apabila tiba saat sukar seperti sudah tua dan keuzuran, terpaksa juga mengharapkan isteri dan anak.

“Namun sampai bila hendak menyusahkan anak, mereka juga ada kehidupan serta keluarga sendiri untuk ditanggung. Harapan saya, masih ada pihak sanggup membela nasib saya serta rakan lain,” katanya yang menetap di flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam. 
 Info Hiburan @ Kezoom



INFO:

NAMA: Abdullah Khalit Omar
NAMA GLAMOR: JD Khalit
UMUR: 65 tahun
ASAL: Jempol, Negeri Sembilan

FILEM: Dadda Connection, Black Widow Wajah Ayu dan Perempuan, Isteri dan ...
DRAMA: Driving School

sumber asal


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup