Saturday, February 9, 2013

Saturday, February 09, 2013
Pekerja Proton Mogok|Piket Isu Gaji Minimum

Pekerja Proton Mogok|Piket Isu Gaji MinimumKira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.


Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Pekerja Proton Piket Isu Gaji Minimum


"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.


Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.



Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900. 


Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Pekerja Proton Piket Isu Gaji Minimum

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn Bhd memberi tempoh seminggu kepada Kumpulan DRB-HICOM untuk menunaikan tiga tuntutan kesatuan itu.

Pekerja Proton Piket Isu Gaji Minimum


Tiga tuntutan tersebut berkait pelaksanaan secara adil gaji minimum, mengekalkan faedah sedia ada dan memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa keputusan positif diambil dalam masa seminggu maka satu tindakan perusahaan akan dilakukan sebagaimana dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman di Jalan Utama ke Kilang Proton di sini hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup