Monday, April 15, 2013

Monday, April 15, 2013
Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis
Redoien Faid

Gambar - Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis | Seorang penjenayah yang juga merangkap perancang kumpulan perompak bersenjata ganas berjaya memboloskan diri dari tahanan semalam selepas meletupkan lima pintu penjara.

Redoien Faid, dianggap penjenayah paling digeruni di Perancis, menjadikan empat warden Penjara Sequedin sebagai tebusan.
Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

Dia kemudiannya meletupkan lima pintu besi penjara menggunakan dinamit.

Polis percaya Faid memperoleh bahan letupan itu yang diseludup isterinya menggunakan balutan sapu tangan sebelum ini. Sebaik saja bolos, Faid membebaskan warden terbabit dan melarikan diri menaiki sebuah kereta.
Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

Kenderaan itu kemudian ditemui dibakar berhampiran bandar Ronchin. Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa sedang mengesan kenderaan kedua yang digunakan Faid bagi melarikan diri.

Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

Jurucakap penjara berkata, tindakan nekad Faid ternyata dirancang teliti.

Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

“Kami masih mengumpul maklumat,” katanya.

Faid dinamakan sebagai suspek utama kejadian rompakan bersenjata mengorbankan seorang pegawai polis pada 2010.
Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

Seramai 27 orang ditahan dalam operasi selepas rompakan itu, tetapi Faid bukan seorang daripada mereka. Bagaimanapun, dia akhirnya diberkas pada Jun 2011 dan dipenjara lapan tahun.

Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis

Faid yang membesar di kawasan perumahan kerajaan di pinggir Paris dianggap ganas dan sering menjadikan kenderaan membawa wang sebagai sasarannya. - DM

Artikel Lain



sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gunadinamitlaridaripenjara/Article/index_html
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2308850/Redoine-Faid-Notorious-French-armed-robber-blasts-prison-using-DYNAMITE.html


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup