Ahad, 21 April 2013

Ahad, April 21, 2013
Punca Kemalangan Maut di Federal Highway

Punca Kemalangan Maut di Federal Highway | Rentetan satu kemalangan maut yang ngeri berlaku awal pagi tadi di Federal Highway, ramai yang tertanya punca kemalangan maut tersebut dan laporan dari Sinar telah menjelaskan keadaan sebenar.


Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian.

“Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, (gambar di atas) namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain,” katanya.

Menurutnya, penunggang  motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.


Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh kesemua empat orang pemuda Islam tersebut...

Artikel Berkaitan




sumber
HASNIZA HUSSAIN
http://www.sinarharian.com.my/semasa/5-termasuk-pemandu-maut-di-lebuh-raya-persekutuan-1.152427


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.