Friday, May 3, 2013

Friday, May 03, 2013
2
Gambar Ekslusif Bakal Isteri Jehan Miskin | Sekeping gambar ekslusif yang menurut beberapa portal web adalah bakal isteri kepada pelakon Jehan Miskin ditemui dan mula bersebaran. Pihak Kezoom pun tidak pasti akan kesahihan gambar ini.

Gambar Ekslusif Bakal Isteri Jehan Miskin

Jehan akan bergelar Raja Sehari esok pada jam 2 petang di Carcosa Seri Negara. Dalam pada Jehan Miskin berharap tiada pihak berkecil hati andainya tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea.


Untuk majlis akad nikah esok, Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.

"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi wartawan mStar Online Khamis lalu.

Walaupun hanya untuk rakan dan teman terdekat, Jehan akan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala pakaian bakal isterinya itu ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.

Jehan enggan mendedahkan siapa bakal isterinya sehinggalah pada hari pernikahan itu nanti.

Katanya, perancangan perkahwinan itu sudah bermula sejak tiga hingga empat bulan lepas dan pada masa sama dia sibuk dengan kerja-kerja pengarahan drama seram, What If.

Gambar Ekslusif Bakal Isteri Jehan Miskin

"Mujurlah ada rakan-rakan yang membantu dalam persiapan perkahwinan saya. Saya juga gembira mempunyai pengurus perkahwinan yang bagus iaitu Zaid Sulaiman (Zahar Wedding Planner).

"Mereka menyenangkan kerja-kerja saya tatkala saya sibuk menyelesaikan tugasan penggambaran,” katanya.

Apapun, ucapan tahniah buat Jehan yang dalam diam-diam mengegar kerja wartawan kerana gagal mengesan aktiviti istimewa beliau padahari esok.


Artikel Menarik



sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/3/mstar_hiburan/20130502165637&sec=mstar_hiburan




2 comments:

  1. mohon maaf

    tapi rasa gambar kat atas tu dah kena alter. muka wanita itu ialah song ji hyo, aktres terkenal korea selatan. badan wanita tu plak tak tahu lah saper punyer. sekadar pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg gambar diatas bukan rupa sebenar wajah isteri Jihan...gambar ni sblm dia kahwin...tp saja dibiarkan sbb masa tu mmg gambar ni yg tgh hangat...:)

      Delete

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup