Saturday, May 4, 2013

Saturday, May 04, 2013

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu 12 Mei 2013 | Pasangan Rosyam Nor dan  isteri, Runika Mohd Yusof dijangka bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei 2013 ini. Anak perempuan pasangan ini, Arniesha Azureen, 23, telah bertemu jodoh dengan, Mohd Hafiz Mohd  Said , 28, dari Melaka.
Rosyam Nor Bakal Terima Menantu 12 Mei 2013

Majlis meraikan kedua pengantin itu bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda,  Jalan Semarak  pada 18 Mei ini. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.

Rosyam Nor bertemankan pembantunya, Julia Juhasu datang sendiri menghantar kad undangan majlis resepsi ke syarikat-syarikat media. Kad berwarna kuning cair itu menampilkan foto Arniesha dan Hafiz tersenyum girang dengan berpakaian putih ala 60-an.

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu 12 Mei 2013

Kata Rosyam,  walaupun masanya agak terbatas tetapi dia tetap mahu menghantar sendiri kad majlis perkahwinan itu memandangankan hubungannya yang akrab dengan media.

"Datang sendiri,  menghantar sendiri dan menjemput sendiri dengan mulut lebih afdal sebab rakan-rakan media ni dah jadi kawan-kawan saya.  

Jadi, saya memang mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau.

"Urusan perkahwinan rupanya tak semudah yang dilihat. Memang banyak  betul kerjanya. Tapi tak mengapalah, saya seronok sebab nak dapat menantu sulung walaupun banyak yang perlu diuruskan.

"Apa yang penting, saya harap majlis ini akan berjalan lancar tanpa cacat-cela dan semua tetamu berpuas hati ."



# Tahniah diucapkan kepada Rosyam Nor. - Seronok tgk cara orang lama ni menghargai rakan2nya.



Artikel Menarik


sumber
http://www.manggaonline.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3859:rosyam-nor-terima-menantu-&catid=34:berita-selebriti&Itemid=53


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup