Monday, May 27, 2013

Monday, May 27, 2013
Sah, Hattan Nikah Arianie 15 Ramadhan | Semalam menerusi akhbar Sinar, Hattan akan menikahi kembali isteri pertamanya Arianie Mohd Abidin setelah beberapa tahun hidup menyendiri apabila perkahwinan keduanya dengan Noorfarashikin Othman berkecai pada November 2011.

Sah, Hattan Nikah Arianie 15 Ramadhan

Hattan ketika ditanya wartawan memberitahu, beliau mempunyai beberapa sebab untuk menikahi kembali bekas isteri pertamanya itu, Hattan dan Arianie bernikah pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005.


Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, dia bukan sahaja lebih mengenali peribadi bekas isterinya itu, malah ia turut mendapat dorongan keluarga.

"Saya rasa, tidak ada wanita lain lebih layak berbanding dia kerana kami pernah mengharungi liku-liku hidup bersama.

"Lagipun, keluarga saya sendiri memilih dia untuk menjadi isteri saya. Walaupun kami berpisah lebih lapan tahun, namun saya tidak pernah melupakannya.

"Malah, saya sentiasa berdoa agar hati kami bertaut kembali. Saya berharap agar hubungan ini akan kekal hendaknya dan saya cuma untuk membuka lembaran baru," katanya yang mengakui majlis itu akan diadakan dalam majlis sederhana sahaja.

Berkenaan dengan pemilihan tarikh, Hattan memberitahu dia sememangnya mahu berkahwin pada Ramadan ini kerana berharap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Hasil perkahwinan Hattan bersama Arianie selama sembilan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun. Menurut Hattan, anaknya sangat gembira dengan keputusan itu.

"Walaupun pada zahirnya dia tidak menunjukkan tanda-tanda gembira, namun saya tahu perasaannya.

"Saat saya memberitahu keputusan itu, dia hanya cakap 'okay'. Malah, pada awalnya, saya memilih untuk berkahwin pada tarikh hari lahirnya, 21 Ogos.


Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hattan-kahwini-bekas-isteri-15-ramadan-1.164071




0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup