Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 26, 2013
1
Saiful Bukhari Berpeluh Di Soal Siasat Keluarga Isteri | Saiful Bukhari semalam akui agak gementar ketika 'disoal siasat' oleh 10 anggota keluarga  isterinya ketika pertama kali mereka bersua muka.

Saiful Bukhari Berpeluh Di Soal Siasat Keluarga Isteri

"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya kepada pemberita sebaik selamat diijabkabulkan dengan isterinya, personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman.

Saiful Bukhari, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101 dan disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat serta rakan mempelai termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.

Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.

Mohd Saiful berkata, perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri ketika memberitahu para pemberita.

Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kesnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, berkata beliau mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan.

“Saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Nik Suryani, 33, pula berkata, beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap jujur dan semangat kental lelaki itu.

Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya dirinya walaupun ia dianggap bukan satu tindakan mudah ataupun mampu dibuat orang lain.

"Saya kenal Mohd Saiful ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dan selepas itu kami menjadi rapat.

“Sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (ALLAH SWT)," katanya.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung malam ini di sebelah pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/saiful-bukhari-gentar-kali-pertama-disoal-siasat-keluarga-isteri-1.163883


1 comments:

  1. banyak duit mamat ni...dia ni keja apa?

    ReplyDelete

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup