Saturday, June 29, 2013

Saturday, June 29, 2013
4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM | Jarang ada orang melakukan perkara yang dianggap mustahil, andainya ada pastinya orang tersebut adalah orang yang sangat luarbiasa. Bagaimanapun seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida telah berjaya mengelilingi dunia dengan hanya berjalan kaki dalam masa empat tahun.

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM
Masahito Yoshida ketika berada di Kuching, Sarawak
Lelaki berusia 32 tahun itu memulakan misinya untuk mengelilingi dunia pada 2009 dengan bermula dari Shanghai, China.

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM

Sejak itu, dia telah melakukan perjalanan sejauh kira-kira 40,000 kilometer di empat benua. Yoshida melakukan aksi itu hanya kerana mahu mengelilingi dunia dan melihat keajaiban dunia.

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM

Misi pertamanya ialah berjalan kaki ke Cape Roca, Portugal dengan melalui Asia Tengah dan Eropah sebelum berjaya sampai ke bandar itu pada Ogos 2010 selepas berjalan kaki sejauh 16,000 kilometer.

Dia kemudiannya melanjutkan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) menaiki pesawat dan menghabiskan masa lebih setahun untuk berjalan sejauh 6,000 kilometer dari Atlantic City, New Jersey ke Vancouver, Kanada.

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM

Pada hujung 2011 pula, Yoshida melakukan penerbangan ke Melbourne, Australia dari Kanada dan berjalan ke Darwin sebelum ke Singapura dan kembali ke Shangai, China.

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM | Jarang ada orang melaukan perkara yang dianggap mustahil, andainya ada pastinya orang tersebut adalah orang yang sangat luarbiasa. Terbaru, seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida berjaya mengelilingi dunia dengan hanya berjalan kaki dalam masa empat tahun.

"Sepanjang ekspedisi ini, saya berdepan dengan beberapa insiden berbahaya, tetapi ia memberi kesedaran kepada saya bahawa masih ramai orang yang baik hati di dunia ini," katanya yang dipetik daripada laman web Oddity Central. - AGENSI


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/test/Luar_Negara/20130617/lu_06/Berjalan-40000-kilometer-keliling-dunia#ixzz2WTIr6fxy



0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup