Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, June 19, 2013
Pengarah Rahim Awang, Buktikan Kalau Betul Saya Bersalah! Semalam seorang pelakon baru tampil membuat laporan polis dengan kenyataan dirinya pernah dicabul oleh seorang pengarah yang berpengaruh  yang juga ahli persatuan seni.

Pengarah Rahim Awang, Buktikan Kalau Betul Saya Bersalah!

Pengarah drama Titian 2 Abdul Rahim Awang yang juga Timbalan Presiden FDAM berkata, dia tidak tahu menahu tentang kes cabul yang melibatkan dirinya dengan seorang pelakon tambahan, malah menafikan terlibat dengan perkara seperti itu.

Isu pengarah itu timbul apabila beliau didakwa mencabul pelakon baru ini timbul sewaktu pelakon Ezany berserta 6 krew produksi drama bersiri 13 episod, Titian 2 hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Bandar Kinrara Seksyen.


Kehadiran mereka di sana adalah untuk membuat laporan polis terhadap syarikat produksi NR Network yang menerbitkan drama terbabit kerana masih tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan tuntutan bayaran mereka terhadap selepas penggambarannya selesai disiapkan pada 17 Februari lalu.

"Saya tidak tahu apa-apa perkara pun tentang perkara ini dan saya juga tidak pernah melakukan perbuatan yang seperti ini. Saya tidak tahu mengapa saya dikaitkan dengan isu seperti ini. Barangkali ada pihak tertentu yang tdiak puas hati dengan saya serta mahu menganiaya saya.

"Tidak apa. Saya bersedia untuk berhadapan dengan tuduhan seperti ini. Sebab, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Saya bebas dari sebarang skandal dan tuduhan begitu sama sekali tidak berasas. Kalau benar, sila buktikan," kata Rahim Awang kepada murai.com.my.

Menurut Rahim Awang lagi, sebagai bekas anggota polis, dia amat menitik-beratkan undang-undang sewaktu bekerja.

"Kalau ada mana-mana krew yang terlibat dengan dadah, saya pasti akan halau mereka keluar dari set penggambaran. Yang melibatkan saya dengan isu seks atau kes cabul, itu memang tidak berlaku sama sekali. Kalau berlaku pada orang lain tanpa pengetahuan saya di dalam produksi saya, itu saya tak tahu.

"Tapi, saya tidak pernah buat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Saya orang tua dan sudah berusia 64 tahun. Mungkin ini kes iri hati. Tapi sekiranya ius ini mampu menjejaskan reputasi saya, saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman orang-orang yang terlibat," katanya lagi.

sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15023&c=1&s=1


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup