Wednesday, July 31, 2013

Wednesday, July 31, 2013
Wajah Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Di Kenalpasti | Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

Wajah Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Di Kenalpasti

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar. Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk suspek. Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.

Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong berkenaan. Seorang lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Wajah Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Di Kenalpasti

Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.

Dalam pada itu, jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini semalam, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, malam semalam. Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa pembunuh upahan yang menembak mati pengasas AmBank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis menahan lelaki terbabit dan siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.

"Kita dah kenalpasti suspek dan akan edar gambar atau fotofit suspek (pembunuh) kepada orang awam.

Artikel Menarik
sumber
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/31/mstar_berita/20130731134202&sec=mstar_berita


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup