Monday, August 19, 2013

Monday, August 19, 2013
Erma Fatima Sebenarnya Kaki Rokok? Sebuah blog tempatan telah memuatnaik beberapa keping gambar Erma Fatima sedang merokok. Kisah Erma Fatima merokok mula kecoh apabila Nabila Huda dikatakan secara tidak sengaja telah memuatnaik satu video menerusi Instagramnya dan memaparkan keadaan Erma yang sedang memegang rokok tersebut.


Dalam pada itu, menerusi satu artikel di mStar, Erma Fatima mengakui dirinya merupakan seorang perokok sejak tahun 1998 dan Erma mendedahkan dirinya akan membuat pembersihan kolon setahun sekali untuk membersihkan ususnya.
"Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut.
"Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal," katanya.
Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali.
"Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita," ujarnya
Menurut Erma, pembersihan kolon atau dikenal dengan "Colon Hydrotherapy" adalah terapi alternatif untuk membersihkan sisa-sisa toksin atau racun daripada saluran pencernaan.

Erma Fatima Sebenarnya Kaki Rokok?

Hal ini adalah kerana toksin yang berasal daripada saluran pencernaan dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan. Dalam pada itu Erma turut menyarankan kepada orang ramai melakukan pembersihan kolon seperti yang beliau lakukan.
Erma menyifatkan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menjadi lebih peka dalam penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila dia seorang perokok sejak tahun 1988.
"Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu.
"Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok.
"Tidak kiralah apa-apa situasi sekalipun, kita perlu jaga kesihatan kita sebaik mungkin. Mencegah lebih baik daripada merawat," tuturnya.
Artikel Menarik
sumber 
http://izyan.com/2013/08/panas-erma-fatima-merokok.html
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/8/16/mstar_hiburan/20130815162031


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup