Tuesday, September 10, 2013

Tuesday, September 10, 2013
Skandal Adi Putra - Pendedahan Gambar Whatsapp Suami Wanita Di Melodi | Memang mengejutkan apabila pelakon terkenal yang mempunyai imej bersih, Adi Putra tiba-tiba dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang, ramai peminat antara percaya dengan tidak perihal skandal tersebut.

Skandal Adi Putra - Pendedahan Gambar Whatsapp Suami Wanita Di Melodi

Pihak suami wanita terbabit menuduh pelakon Adi Putra yang memulakan, manakala isteri Adi Putra pula menerusi kenyataan sebelum ini membayangkan sebaliknya.

Si suami kepada wanita yang dikaitkan dengan kes curang terbabit, melangkah setapak lagi kehadapan apabila bertindak mendedahkan kecurangan yang berlaku antara isterinya dan Adi Putra dengan tampil memberi kenyataan kepada Melodi dengan menyertakan bukti yang didakwanya menunjukkan pelakon terkenal itu yang terlebih dahulu memulakan hubungan terlarang, menghantar gambar lucah dan meminta perkara bukan-bukan daripada isterinya.


Berdasarkan kandungan perbualan Whatsapp yang dicetak, dia mendakwa segalanya bermula apabila isterinya memberi ucapan kepada pelakon terbabit yang pergi mengerjakan umrah.


Pelakon itu kemudiannya meminta nombor telefon isterinya dan melanjutkan perhubungan lebih daripada artis dengan peminat. Memandangkan isterinya merupakan peminat setianya, dengan mudah hubungan tidak bertepuk sebelah tangan.


Begitu pun, si suami nyata tidak puas hati kerana sejak awal lagi isterinya sudah memaklumkan kepada Adi Putra bahawa dia sudah berkahwin. Jadi tindakan Adi Putra dianggapnya tidak wajar.

Apatah lagi, Adi turut didakwa mengajak isterinya melakukan perkara tidak senonoh termasuk mahu melakukan s**s dan mengakui suka melakukan s**s luar biasa sedangkan ketika itu dia sedang mengerjakan ibadah umrah.


Selain itu, salinan perbualan Whatsapp itu juga turut memaparkan permintaan pelakon berkenaan untuk melihat punggung isterinya.

nampaknya kes ini semakin berat, sama ada benar atau tidak dakwaan ini, sama-samalah kita tunggu penjelasan daripada pelakon berkenaan tidak lama lagi.

sumber
http://socialmediabar.com/adi-whatsapp-skandal-can-i-see-your-butt


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup