Sunday, October 6, 2013

Sunday, October 06, 2013
Gempar- Aeril Zafril & Wawa Zainal Sah Telah Bernikah, Punyai Bayi Lelaki | Sangat mengejutkan, menerusi pendedahan ekslusif BiPop hari ini, pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal dikatakan telah pun bernikah dan mereka juga telahpun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lepas.

Gempar- Aeril Zafril & Wawa Zainal Sah Telah Bernikah, Punyai Bayi Lelaki

Sebelum ini, Aeril bermatian menafikan dakwaan mereka telah pun bernikah. Namun menerusi bipop, mereka dilaporkan telah bernikah 4 Februari 2013 yang lalu.

Selain itu, turut dikatakan Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Manakala, seorang bayi lelaki yang didaftarkan menggunakan nama Ahmad Fakharuddin Attar (dilahirkan pada 24 Ogos 2013) adalah bayi lelaki milik pasangan tersebut. Bayi tersebut yang seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.

Mengikut siasatan bipop lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Wawa Zainal pula mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Di katakan, tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa.

Artikel tentang Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Artikel Menarik
sumber
http://beautifulnara.com/aeril-zafril-wawa-zainal-sudah-nikah-4-februari-dapat-cahaya-mata-24-ogos/



0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup