Wednesday, February 26, 2014

Wednesday, February 26, 2014
Hanez Suraya Akui Bakal Nikah Dengan Duda Anak Dua | Hanez Suraya menafikan dakwaan bahawa bakal suaminya kini berstatus suami orang, sebaliknya mengakui jejaka itu merupakan duda kepada dua orang anak.

Hanez Suraya Akui Berkawan Dengan Duda Anak Dua

“Fitnah mendakwa saya rampas suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan isterinya tak betul sama sekali. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan segalanya.

“Sebenarnya lelaki itu seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan suami orang seperti yang didakwa,” katanya kepada akbar Harian Metro hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro itu lagi, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu berkata, tuduhan dirinya seorang perampas dan perosak rumah tangga adalah sesuatu yang melampau.

“Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-cama selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang,”jelasnya lagi.

Artikel Menarik 
sumber
http://murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/457713/hanez-suraya-saya-tak-rampas-suami-orang-dia-duda-anak-dua


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.