Thursday, February 6, 2014

Thursday, February 06, 2014
Lindung Adik, Ezany Mengaku Ugut Bunuh Guru | Pelakon Ezany Nizariff menerusi laporan portal Ohbulan mengakui beliau melakukan ugutan bunuh kepada seorang guru sekolah rendah, Azhar Hassan kerana mahu melindungi adik perempuannya bongsunya.

Lindung Adik, Ezany Mengaku Ugut Bunuh Guru

Dalam pada itu, Ezany mendakwa bahawa guru tersebutyang mempunyai dua isteri telah menjalin hubungan dengan adik perempuannya yang berusia 32 tahun dan beliau dikatakan berniat untuk bernikah di Thailand.
“Lelaki itu mempunyai dua isteri, tapi masih berkeinginan untuk berkahwin dengan adik saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai abang sulung.”
Bimbang dengan ancaman tersebut, Azahar Hassan, 43, guru sekolah rendah di Kangar telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar dan turut memberitahu bahawa Ezany pernah menyerangnya pada tahun lalu di sebuah kedai makan sehingga berlakunya pergelutan antara mereka.
“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu.

“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.”
Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.


Azahar Hassan yang juga merupakan seorang pembantu khas Ahli Parlimen itu turut menyifatkan bahawa tindakan pelakon drama popular itu adalah tidak profesional kerana pernah mengeluarkan ugutan terhadap majikannya juga.


Selain itu, Ezany menerusi laman Twitternya turut memohon Perdana Menteri Najib Razak supaya melihat kawasan YB Kangar disamping menyelar tindakan guru tersebut.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.ohbulan.com/ezany-mengaku-ugut-bunuh-demi-lindungi-adik/
http://www.hmetro.com.my/articles/Pelakonugutbunuh//Article?BeritaUtama 
https://twitter.com/ezanynizariff1



0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup