Saturday, March 8, 2014

Saturday, March 08, 2014
KM Amanah Tak Jumpa Sebarang Objek di Lokasi MH 370 Hilang | Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek.

KM Amanah Tak Jumpa Sebarang Objek di Lokasi MH 370 Hilang

Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik APMM berserta pesawat udara CM415 dan kapal laut itu, KM Segantang, KM Amanah dan KM Langkawi sudah menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini.

Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat.


Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat berkenaan.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas.

 Pesawat udara CM415
Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.



sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_36/Maritim-Malaysia-tidak-temui-objek-di-lokasi-pesawat-dilaporkan-hilang


 
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup