Thursday, April 17, 2014

Thursday, April 17, 2014
[4 Gambar] Karpal Singh & Pembantu Maut Kemalangan di Gua Tempurung | Bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Tapah awal pagi tadi.

[4 Gambar] Karpal Singh & Pembantu Maut Kemalangan di Gua Tempurung

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.


Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.

Karpal dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.


Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.

Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.


Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.

[3 Gambar] Karpal Singh & Pembantu Maut Kemalangan di Gua Tempurung


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/karpal-singh-maut-kemalangan-dekat-tapah-34064?cp
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140417/dn_25/Karpal-Singh-maut-kemalangan


0 comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

 
Original aku
LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup