Rabu, 18 Jun 2014

Rabu, Jun 18, 2014
[12 Gambar] ~ Suami Kutip Mayat Isteri Di Gilis Lori | Pagi Selasa semalam, berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan sepasang suami isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelin yang dari rumah mereka di Batu 9 Cheras.

[12 Gambar] ~ Suami Kutip Mayat Isteri Di Gilis Lori

Dalam keadaan jalan sempit disebabkan oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawa mereka cuba mengelak sebuah kereta mewah yang melalui jalan itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.


Kebetulan pula, sebuah lori sarat dengan pasir mengekori mereka dari belakang gagal membrek dan terus menggilis si isteri. Si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah ruang antara tayar lori terbabit. 


Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.


Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.


Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.


Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary. 


Menurut Blog Odnscene, Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin.






sumber
http://ondscene.my/kemalangan/sebak-seorang-suami-isteri-maut-digilis-lori


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.