Selasa, 17 Jun 2014

Selasa, Jun 17, 2014
[3 Gambar] Anggota Tentera Maut Angkara Langgar lari| Seorang anggota tentera maut setelah terlibat dalam satu kemalangan dipercayai kes langgar lari di Kilometer 3.3 Lebuhraya Guthrie, pagi kelmarin.
[3 gambar] Anggota Tentera Maut Angkara Langgar lari

Pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Muhamad Alwi Mustapa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Amierul Abidin, menunggang motosikal dari arah Sungai Buloh menghala Shah Alam.

“Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan lain sebelum terbabas,” katanya.


Menurut beliau, Amierul, 22, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian di bahagian kepala serta patah kedua-dua belah kakinya.

Kata Muhamad Alwi, mangsa yang bekerja di markas tentera darat di Kuala Lumpur dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.


“Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta untuk memberikan maklumat kepada anggota trafik bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Al fatihah buat arwah...

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/anggota-tentera-maut-kemalangan-1.290748


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.