Rabu, 18 Jun 2014

Rabu, Jun 18, 2014
[3 Gambar] Pelajar Patah Kaki, Bas Tertusuk Rel Penghadang | Seorang pelajar tingkatan satu patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yang dinaikinya terbabas dan merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan, petang tadi.

[3 Gambar] Pelajar Patah Kaki, Bas Tertusuk Rel Penghadang

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13, antara tiga penumpang yang menempuh pengalaman ngeri apabila bas yang mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan, kira-kira 3.40 petang tadi.

Rasydan dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan dan dirawat di ke Unit Kecemasan (ICU).


Kemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.

Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian.


Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke HTAA untuk rawatan susulan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Nyawadihujungrel//Article?BeritaUtama


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.