Khamis, 19 Jun 2014

Khamis, Jun 19, 2014
Nora Danish Kecewa Di Khianati Rakan Artis? | "Saya tak kacau hidup mereka. Kalau betul (dakwaan), memang saya rasa dikhianati oleh kawan-kawan begitu.”

Nora Danish Kecewa Di Khianati Rakan Artis?

Itu luahan pelakon Nora Danish yang terkilan dengan dakwaan mengatakan beberapa rakan artis yang rapat dengannya selama ini dipercayai mulai menjauhkan diri kerana tidak menyenangi sikap aktres itu yang terlalu menonjolkan kisah peribadi termasuk hubungan cintanya dengan usahawan Nedim Nazri di media sosial.

Nora, 32, berkata, dia yang tidak pasti mengenai kesahihan perkara itu berasa terkejut dengan dakwaan terbabit jika ia benar berlaku.

“Saya sangat terkejut kalau ya benda ini timbul. Saya hanya nak menjalani kehidupan yang bahagia dan tak ganggu sesiapa pun.


“Saya tak nak tahu pun sebenarnya (dakwaan itu). Biarlah kalau ia memang benar, mungkin mereka iri hati dengan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbarunya, Pengantin Malam di TGV Sunway Pyramid di sini, malam kelmarin.

Sumber mendakwa, rakan artis itu juga dikatakan saling berkomplot dan memulaukan Nora kerana sikapnya.

Baru-baru ini, salah seorang kenalan rapat bekas isteri Nedim juga difahamkan memuat naik satu mesej sindiran kepada Nora.

Terbaru, Nora memuat naik dua keping gambar di Instagram pada tengah malam kelmarin yang menyatakan perasaan terkejutnya dengan persoalan diajukan media mengenai isu terbabit.


Nora turut mengingatkan agar media tidak menulis artikel yang boleh mengeruhkan keadaan berikutan dakwaan yang timbul itu.

Katanya, reaksi dan kecenderungan segelintir pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap setiap perkongsian sosial yang dilakukannya membuatkan dia berasa sedih dan kecewa.

“Saya sedih sebenarnya. Apa lagi bila segelintir pihak terutama remaja yang komen negatif terhadap apa juga gambar atau status saya,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kawancemburu/Article/index_html



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.