Selasa, 29 Disember 2015

Selasa, Disember 29, 2015
Isteri Ezany Dedah Sikap Sebenar, Dakwa Dirinya Di Fitnah Suami | Selepas lebih setahun diaibkan kononnya dia isteri durhaka dan curang, akhirnya Lizda Nuryanti Abidin membuka mulut dengan mendakwa semua cerita itu hanyalah rekaan suaminya, pelakon Ezany Nizariff.


"Jujur saya kata, kami hanya bahagia selama setahun sahaja. Selepas setahun perkahwinan barulah saya tahu siapa Ezany sebenarnya.

Bayangkanlah, wang perkahwinan sebanyak RM30,000 digunakan Ezany adalah hasil duit simpanan saya. Dia berkahwin untuk mengambil kersempatan terhadap saya.

"Dia juga telah menipu saya dalam urusan bisnes belacan. Akhirrnya dia tuduh saya curang lari rumah ikut lelaki lain tetapi dia tidak ceritakan kisah sebenar apa yang berlaku,” ujar Lizda menerusi mStar Online.

Lizda, 33,  meluahkan panjang lebar punca sebenar kemelut perkahwinannya dengan Ezany sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina pada 1 Julai 2007 itu menanti masa untuk roboh.

Lizda berkata, lebih setahun dia menanggung malu diaibkan suami sendiri kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak namun cerita itu adalah bohong semata-mata.

Malah ujar Lizda,  sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Lizda kini tinggal bersama ibunya di Tawau, Sabah.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/12/29/lizda-dedah-ezany/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.