Rabu, 20 Januari 2016

Rabu, Januari 20, 2016
Biar Kereta Tak Berkunci, 4 Beranak Dilarikan Perompak : Kelalaian membiarkan Toyota Hilux dinaiki tidak berkunci ketika dipakir di hadapan sebuah pasar raya di bandar ini semalam, menyebabkan seorang wanita dan tiga anaknya dilarikan penjenayah bersama kenderaan itu.

Biar Kereta Tak Berkunci, 4 Beranak Dilarikan Perompak

Bagaimanapun, mangsa berusia 30-an bersama anak lelaki berusia dua tahun serta dua anak perempuan masing-masing berusia enam tahun dan lapan tahun terselamat selepas suspek meninggalkan empat beranak itu di tepi jalan tidak jauh dari lokasi mereka dilarikan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang yang dipercayai bermotifkan samun itu, mangsa bersama suami dan lima anak mereka menaiki kereta Toyota Hilux dipandu rakan suaminya ke sebuah pasar raya di Bandar Chukai Utama, untuk membeli barang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata sebaik tiba di pasar raya itu, suami mangsa berusia 37 tahun bersama dua anak serta rakan lelakinya itu turun dan meninggalkan semua mangsa di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin dan tidak berkunci.

Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari suami mangsa kira-kira lima minit selepas memasuki pasar raya itu apabila melihat kenderaan tiada di tempat parkir dan mengesyaki ia dilarikan penjenayah.

"Suspek dipercayai melarikan diri ke arah Kuala Terengganu dengan kenderaan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti rakan sejenayah suspek yang lain.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Mohd Said turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengunci kenderaan dengan sempurna apabila meninggalkan kenderaan walaupun dalam tempoh singkat bagi mengelak kejadian seumpamanya.

sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.