Ahad, 9 Disember 2012

Ahad, Disember 09, 2012
AYAT/MENTERA PANGGIL LANGSUIR ! Fuh......baca tajuk saja pun mengerikan bukan? Okey kita mulakan dengan pengenalan dahulu bagaimana mentera memanggil langsuir ini diperolehi.


Sir Richard Olaf Winstedt - AYAT/MENTERA PANGGIL LANGSUIR


Kisahnya bermula dengan seorang lelaki British iaitu, Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Secara ringkasnya, Sir Richard Olaf Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.
Dalam tahun  1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana disitulah dia mempelajari bahasa dan budaya orang Melayu.
Pada tahun 1913 pula, dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.
Sir Richard Olaf Winstedt ini sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu orang melayu.
Hasil kerajinan beliau, akhirnya pada 1909 dia telah berjaya menulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Recorded from account of Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya.. Seorang pawang yang amat ampuh zaman itu dari Temenggor.. Sekitar tahun 1850′s.
# ANDA DIBENARKAN  MENCUBA KALAU ANDA RASAKAN DIRI ANDA CUKUP BERANI…



Info Semasa @ Kezoom



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.