Selasa, 11 Disember 2012

Selasa, Disember 11, 2012
Jangan Pertikaikan Kehamilan Saya - Diana Danielle

Jangan Pertikaikan Kehamilan Saya - Diana Danielle ! Itulah antara perkataan yang diluahkan oleh Diana Danielle. Sedih dengan prasangka sesetengah orang yang sinis memandang kehamilan beliau. Beliau dilaporkan berkata demikian di satu majalah hiburan, Bipop!
Apa pun orang nak bercakap mahupun mempertikai pernikahan saya dan Farid, jawapannya mudah sahaja, jodoh kami dah sampai. Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan. Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja. Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi. Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang.

Kenapa ye? Kenapa mudah sangat orang memandang serong terhadap orang lain? Tak mahu sentuh tentang uniform Farid Kamil yang sedang hangat diperkatakan sekarang– Info Hiburan @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.