Khamis, 6 Disember 2012

Khamis, Disember 06, 2012

Kasih Kembali Bertaut - Datuk Aziz Sattar Dan Bekas Isteri

Kasih Kembali Bertaut - Datuk Aziz Sattar Dan Bekas Isteri ! Tahniah dahulu dari Kezomm kerana diberitakan pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87, akan kembali menikahi kembali bekas isterinya, Hashimah Delan, 54, selepas pasangan ini dilaporkan bercerai pada 3 Mac lalu. 
“Insya-Allah, kami akan nikah semula dalam masa seminggu dua ini. Bukan sengaja mahu menangguhkan perkara yang baik, cuma kebetulan saya sibuk menjalani penggambaran dan juga dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat," ujarnya.
Datuk Aziz sebelum ini dilihat seakan mengelak apabila ditanya mengenai berita perpisahan mereka, selain memberikan kenyataan yang seakan menafikan cerita terbabit. 
“Saya tak mahu apabila terlalu bercerita soal perceraian, ada orang yang akan mengambil kesempatan. Maksud saya, ada pihak lain nanti yang akan cuba memecah-belahkan lagi hubungan kami dengan cara menghasut.
“Terus terang saya akui perceraian ini adalah satu kesilapan. Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang, pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba-tiba terkeluar lafaz cerai," ujarnya mengharapkan yang terbaik menerusi peluang kedua yang diberikan itu.– Info Hiburan @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.