Selasa, 11 Disember 2012

Selasa, Disember 11, 2012
Kerana Tiada Dara Ahli Politik Ceraikan Isteri

Kerana Tiada Dara Ahli Politik Ceraikan Isteri ! Seorang ahli politik Indonesia hari ini menceraikan isteri keduanya hanya selepas empat hari berkahwin. Alasannya cukup mudah,
“Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan suami isteri buat kali pertama.” 
Bupati Garut Aceng HM Fikri yang merupakan seorang ahli politik Indonesia berusia 40 tahun berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.


Isteri 4 hari, tiada dara kena cerai


Tambahnya lagi, "Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya ‘membelinya’ saya dapati dia tidaklah seperti yang ‘diiklankan’ jadi saya pulangkan dia,” kata Aceng lagi.

Isteri kedua beliau, Fani Oktora, 18, merasa terhina dengan perbuatan Aceng itu telah melaporkan kepada polis Indonesia (Polri). Bagaimanapun, Aceng juga dilaporkan membuat laporan balas kepada polis.
"Kami menikah 14 Juli dan bupati menjatuhkan talak melalui SMS pada 17 Juli saat berada di Jakarta mengurusi persiapan umrah," kata Fani 

Perbuatan Aceng itu telah menyebabkan menimbulkan rasa kurang senang masyarakat dan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita. 
Tiada Dara, Isteri 4 Hari Kena Cerai
Demostrasi wanita meminta Aceng Fikri letak jawatan
Menurut laporan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya Bupati Garut Aceng HM Fikri meletak jawatan.
Fani Oktora - Kerana Tiada Dara Ahli Politik Ceraikan Isteri

Dalam pada itu juga, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu.Info Semasa @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.