Selasa, 11 Disember 2012

Selasa, Disember 11, 2012
Nik Aziz Akan Nikah Pasangan Apex Dan Leuniey

Nik Aziz Akan Nikah Pasangan Apex Dan Leuniey ! Dah tak lama dah, hanya tinggal lebih kurang 18 hari saja lagi, Apex atau Khairul Fahmi Che Mat akan bergelar suami kepada Leuniey Natasha. 

Menurut laman hiburan murai, Khairul Fahmi atau Apex, 23, akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh ayah Leuniey iaitu Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Dalam pada itu, pernikahan Apex dan Leuniey terus menerima penajaan baru. Terbaru Nazri mengesahkan pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun menerima tajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.  Info Hiburan dan Info Sukan @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.