Selasa, 11 Disember 2012

Selasa, Disember 11, 2012
Sejarah Hidup PSY Seorang Bekas Banduan

Sejarah Hidup PSY Seorang Bekas Banduan ! Siapa sangka artis dari Korea ini yang amat dikenali satu dunia sebenarnya adalah seorang bekas banduan penjara!

Menurut info, PSY dipenjarakan atas kesalahan memiliki dadah. Bagaimanapun, dikatakan beliau melakukannya secara tidak sengaja, apabila rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.- pelik juga kalau hisap rokok tapi tak tahu ada dadah?

Semasa berada didalam penjara, dikatakan PSY telah mencipta pelbagai lagu.Apabila dibebaskan PSY segera mencari penerbit yang sanggup menerbitkan albumnya malah permohonan beliau telah ditolak beberapa kali atas alasan "bekas banduan". 

Namun sikap PSY yang tidak kenal erti penat membuktikan akhirnya beliau berjaya. Bukan setakat negara Korea sahaja malah begitu meluas sehingga ke peringkat dunia dan artis Hollywood pun teringin berduet dengan beliau.

Kini, PSY merupakan satu ikon yang berjaya di Korea. Siapa kata bekas banduan akan gagal ? Gagal sekali bukan bermakna berakhirnya satu kehidupan.... Info Hiburan @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.