Sabtu, 5 Januari 2013

Sabtu, Januari 05, 2013

Kaya Melampau|Baju Emas Untuk  SambutTahun Baru

Baju Emas Untuk Tahun Baru | Sepasukan tukang emas yang mahir telah menghabiskan masa selama 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan beliau melaram semasa menyambut kedatangan 2013.

Diberitakan, sepanjang tempoh 15 hari itu, pasukan tukang emas terbabit terpaksa bekerja sehingga 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.

Kaya Melampau|Baju Emas Untuk  SambutTahun Baru

Selepas selesai, baju itu didakwa berharga RM800,000.

Selain dari baju, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu dikatakan mahu baju berkenaan dihiasi dengan enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain dari butang kristal, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.

Menurut ahli perniagaan terbabit, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

Kaya Melampau|Baju Emas Untuk  SambutTahun Baru

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya.Info Semasa @ Kezoom


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.