Ahad, 13 Januari 2013

Ahad, Januari 13, 2013
Terbalik Dan Bakar Kereta JPJ, 3 Lelaki Ditahan Polis

Terbalik Dan Bakar Kereta JPJ, 3 Lelaki Ditahan PolisIPOH – Pihak polis dilaporkan telah menahan tiga orang bagi membantu siasatan kes kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung dirosak orang awam di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung, semalam.
Menurut kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan, kesemua mereka ditahan di kawasan berasingan pada hari ini dan semalam.
“Polis masih menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek dan akan menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut apabila diajukan bereapa soalan oleh wartawan. -BERNAMA




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.