Khamis, 11 April 2013

Khamis, April 11, 2013

(13 Gambar) KL Banjir, Hujan Lebat Tenggelamkan Beberapa Buah Kenderaan

13 Gambar KL Banjir, Hujan Lebat Tenggelamkan Beberapa Buah Kenderaan | Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - BERNAMA

(Gambar) KL Banjir, Hujan Lebat Tenggelamkan Beberapa Buah Kenderaan

Hujan Lebat di KL - Banjir

Hujan Lebat di KL - Banjir

sumber asal
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/4/10/mstar_berita/20130410195609&sec=mstar_berita
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibunegaradilandabanjirkilat/Article
http://greenboc.blogspot.com/2013/04/bergambar-kl-dilanda-banjir-kilat.html
http://mazamohd.com/banjir-kilat-di-kuala-lumpur-10-april-2013/

0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.