Khamis, 18 April 2013

Khamis, April 18, 2013
Ahli Gangster 36 Mati Di Tembak

Ahli Gangster 36 Mati Di Tembak | Seorang ahli kumpulan gengster iaitu Geng 36 yang mempunyai tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu mati selepas terkena tujuh das tembakan dari jarak dekat ketika sedang berehat di atas sofa di Jalan 6/1 Kawasan Perindustrian Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan K. Raman, 34, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua kali di bahu kiri, dan masing-masing satu das di bahu kanan, dada kiri, leher kanan, belakang leher serta cuping telinga kanan.

Difahamkan, kejadian tersebut bermotifkan dendam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan amat kejam dan nekad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu serta angka 36 di belakang badannya.

Artikel Menarik



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2QnEUTqWI



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.