Isnin, 22 April 2013

Isnin, April 22, 2013

Alhamdulillah, Bayi Jatuh Dalam Lubang 10 Meter Selamat

Alhamdulillah, Bayi Jatuh Dalam Lubang 10 Meter Selamat | Alhamdulillah, dengan izin dan kuasaNYA seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di wilayah Harbin, China didapati dalam keadaan baik setelah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.

Bayi tersebut yang berusia 14 bulan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.

Kedalaman lubang tersebut dianggarkan mencecah sehingga 10 meter.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Artikel Menarik






Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2RB9lSzFL 



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.