Bom Boston, Penjenayah Guna Periuk Masak Sebagai Alat Letupan | Ejen Persekutuan mendapati periuk memasak bertekanan tinggi yang dimuatkan dengan bahan letupan, paku dan barangan tajam lain menjadi punca bagaimana letupan bom dilakukan ketika acara Marathon Boston semalam.
Bagaimanapun, ejen FBI masih belum mengetahui motif serangan tersebut. Ejen Biro Siasatan Persekutuan dan badan penguat kuasa terus merayu kepada orang awam agar tampil memberikan gambar, video, saksi dan apa saja perkara yang menimbulkan keraguan berkaitan kejadian berkenaan.
Presiden Barack Obama menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas namun pegawai Amerika masih tidak mendapat pengesahkan sama ada ia serangan yang terancang oleh pertubuhan pengganas, rakyat asing atau tempatan, atau ia tindakan individu sahaja.
Pegawai di lapangan mendapati, bahan letupan dimuatkan dalam periuk memasak 6 liter, - satu periuk dimasukkan berdama dengan besi tajam dan bebola keluli - satu periuk lagi diisi dengan paku.
Kedua-dua bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam beg hitam dan ditinggalkan di atas tanah, kata seorang pegawai penyiasat yang enggan disebutkan namanya.
Dalam pada itu, Konsulat China di New York mengesahkan rakyatnya adalah korban ketiga dalam tragedi letupan bom ketika berlangsungnya acara Maraton Boston, semalam.
Pegawai Unit Media konsulat yang enggan namanya disiarkan berkata, rakyat China itu adalah seorang pelajar manakala seorang lagi dilaporkan cedera. Pegawai konsulat kini berada di Boston untuk menyiasat kejadian itu serta membantu ahli keluarga mangsa.
Agensi berita Xinhua melaporkan, ahli keluarga mangsa meminta agar identiti mangsa tidak didedahkan. - AP
Artikel Lain
- Gambar Sheera Ayob Dengan Baby Bump
- Aksi Wawa Zainal Di Dalam Kereta
- Johan Raja Lawak Promosi Album Terbaru FAIZAL TAHIR
- Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM
- Hentikan Fitnah, Luqman Hakim Bukan Pembuli Ketua Tingkatan
- Wanita Mengandung Hampir Maut, Besi Jalan Tertusuk Dalam Kereta
- Penjenayah Larikan Diri Guna Dinamit di Perancis
- Gambar Anak Fasha Sandha Dan Jejai
- Gagal Lemaskan Bayi, Remaja Perempuan Ditahan
- FSA Penggal Kepala Pilot Tentera Syria Letak Atas Pemanggang
- 9 Gambar Hangat Nabila Bersama Nas-T, Percutian di Bali
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeriukmemasakdipercayaialatletupandiBoston/Article/
0 comments:
Catat Ulasan
Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.