Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013

Bom Boston ~ Seruan Bunuh Muslim Amerika Oleh Erik Rush

Bom Boston ~ Seruan Bunuh Muslim Amerika Oleh Erik Rush | Tidak lama selepas peristiwa pengeboman di Boston, Amerika Syarikat, media sayap kanan, milik jaringan Zionis Fox News, menyeru semua Muslim di Amerika Syarikat dibunuh.

Erik Rush, seorang penganalisis yang biasa di Fox News, secara terangan menyeru supaya seluruh Muslim dibunuh, dan ini merupakan sebuah pernyataan yang sangat "sarkastik" yang dipost melalui Twitter.

Erik Rush, penganalisis dan pengulas di Fox News, tanpa berselindung menyalahkan dan menuduh ekstremis Islam berikutan terjadinya letupan ketika larian marathon di Boston. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya tiga orang awam, dan lebih 100 orang mengalami luka-luka ringan dan serius.

Bom Boston ~ Seruan Bunuh Muslim Amerika Oleh Erik Rush

Pengguna Twitter dengan pantas bertanya, "Apakah yang melakukannya sudah pasti muslim?"
Rush menjawab: "Ya, mereka jahat. Mari kita bunuh mereka semua.."
Kemudian, Rush terus terusan menyatakan seruan beliau melalui tweet-nya dengan menggunakan kata yang sangat "sarkastik", namun begitu akhirnya dia telah menghapus postingnya itu. 

Tweet tersebut menarik banyak maklum balas daripada pengguna Twitter yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah pada tweet itu. Rush menerima banyak kritikan dengan serangkaian maklum balas  daripada pengguna tweeter lainnya.

Bom Boston ~ Seruan Bunuh Muslim Amerika Oleh Erik Rush

Letupan bom di Boston menarik perhatian media antarabangsa. Insiden itu memenuhi halaman depan surat khabar.

Namun, kemungkinan pelaku sebenar pengeboman di Boston itu adalah rakyat Amerika sendiri seperti yang berlaku pada tahun l995. Ketika itu Mc Veigh telah dikenal pasti meledakkan pejabat pemerintah persekutuan di Oklahoma yang mengakibatkan kematian 168 orang.

Di Amerika Syarikat sekarang banyak "orang gila", akibat krisis ekonomi, dan pelantikan Presiden Barack Obama membuatkan orang-orang kulit putih merasa terhina, dan mereka melakukan kejahatan yang tidak dapat diramal, seperti yang dilakukan Mc Veigh, dan sejumlah kes kebelakangan ini seperti pembunuhan di sebuah sekolah dan di panggung wayang. Semoga mereka ditimpa mala petaka hasil kebiadaban mereka yang selama ini mereka lakukan terhadap negara lain.

Artikel Menarik




sumber
http://mybabah.blogspot.com/2013/04/fox-news-seruan-membunuh-semua-muslim.html



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.