Selasa, 30 April 2013

Selasa, April 30, 2013

Budak 9 Tahun Pandu Ferarri Sambut Harijadi | Pihak polis di bandar Kerala di sini telah memfailkan dakwaan ke atas seorang lelaki kerana membenarkan anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari miliknya.

Budak 9 Tahun Pandu Ferarri Sambut Harijadi | Pihak polis di bandar Kerala di sini telah memfailkan dakwaan ke atas seorang lelaki kerana membenarkan anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari miliknya.

Menurut Inspektor M.V. Verghese, si bapa Mohammed Nisham dikenakan dakwaan membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kereta Ferarri tersebut.

Isteri Nisham pula dikatakan merakamkan aksi anaknya memandu kereta sports tersebut sewaktu majlis hari jadi kesembilan tahun dua minggu lalu. Video itu turut menunjukkan adiknya yang berusia tujuh tahun duduk di kerusi penumpang kereta sama.

Video itu kemudian tersebar di YouTube dan menimbulkan kemarahan orang ramai sekali gus memaksa pihak polis menfailkan dakwaan.

Budak 9 Tahun Pandu Ferarri Sambut Harijadi

Menurut Verghese, Nisham yang terlibat dalam perniagaan tembakau dan hartanah memiliki 18 buah kereta mewah dianggarkan bernilai AS$4 juta (RM12 juta).

Dia telah meminta untuk membayar wang jaminan dan dijangka menyerah diri di balai polis bandar Kochi. Polis juga akan menyita kereta mewah terbabit ketika kes itu disiasat.

Budak 9 Tahun Pandu Ferarri Sambut Harijadi

"Saya bangga dengannya. Dia sudah memandu sejak berusia lima tahun. Kami membenarkan dia memandu Ferrari pada hari jadinya selepas meminta kebenaran selama berbulan-bulan," kata ibu kanak-kanak tersebut, Amal Nisham.

Budak lelaki itu sebelum ini juga pernah memandu Lamborghini, Bentley dan kereta mewah lain milik ayahnya. - AP


Artikel Menarik


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Rtr8DY8g 



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.