Rabu, 24 April 2013

Rabu, April 24, 2013
Di Tinggalkan Ibu - Budak Nyaris Maut Rumah Terbakar

Di Tinggalkan Ibu - Budak Nyaris Maut Rumah Terbakar |  Seorang budak lelaki yang baru berusia lima tahun hampir maut terbakar selepas rumahnya di tingkat 4 Rumah Pangsa 700 Kencana, terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah seorang diri selepas ibunya keluar untuk membeli keperluan harian di kedai berhampiran.

Menurut sumber, ketika ditinggalkan, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain api menyebabkan bahagian dapur rumahnya terbakar sebelum merebak ke seluruh rumah.

Katanya, menyedari rumahnya terbakar, kanak-kanak berkenaan yang gagal menyelamatkan diri kerana pintu depan dikunci ibunya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum ia didengari jiran yang kemungkinan menghubungi bomba.

Di Tinggalkan Ibu - Budak Nyaris Maut Rumah Terbakar

“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada rentung. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai banyak terhidu asap,” katanya.

Artikel Lain




sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautterperangkap/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.