Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013
Dua Pelajar Samseng di Berkas Polis

Dua Pelajar Samseng di Berkas Polis | Ekoran dua pelajar sekolah menengah samseng yang telah membelasah seorang lelaki hingga parah tidak ke mana apabila kedua-duanya ditangkap bersama lima lagi individu dalam serbuan di sebuah rumah di Langau di sini kelmarin.

Selain tangkapan ke atas suspek berusia antara 17 hingga 30 tahun tersebut, polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri, empat bilah parang dan pedang samurai.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohamad Bukhori Saffai berkata, suspek diberkas selepas pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes seorang lelaki yang dibelasah oleh sekumpulan lapan individu berdekatan Pasar Cina di sini pada pukul 9 malam.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di tangan dan badan ekoran kejadian itu.

“Susulan laporan yang diterima, polis telah menyerbu sebuah rumah di Rancangan Perumahan Rakyat di Langau dan menahan lapan suspek dua jam kemudian.

Sejak kebelakangan ini kes buli dan pelajar samseng menjadi tumpuan berita dan masyarakat berikutan tersebarnya beberapa video klip yang membabitkan pelajar.





Artikel Lain




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2QgfLFeY0



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.