Rabu, 17 April 2013

Rabu, April 17, 2013

Emma Maembong Kekasih Terbaru Zizan Raja Lawak

Emma Maembong Kekasih Terbaru Zizan Raja Lawak | Terbaru dan hangat, kali ini aktres jelita, Emma Maembong, 21, dikaitkan sebagai kekasih terbaru Zizan Raja Lawak. Namun begitu ketika diwawancara wartawan, Emma menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak.

Tambah Emma lagi, khabar angin itu tidak berasas sama sekali dan mengaku hatinya belum terpaut pada mana-mana lelaki lagi.

"Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa’ari dan Kaka.

"Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," jelasnya.

Semalam, sewaktu majlis sambutan hari ulang tahun Zizan yang ke-29, Zizan mengaku yang dia rapat dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Zizan turut mengakui teman istimewanya itu menghadiahkannya sebuah telefon pintar i-phone 5 sempena hari kelahirannya.

Jelas Emma lagi, ada juga yang mengaitkannya dengan Johan tetapi itu sekadar khabar angin sahaja.

Artikel Menarik




Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130416/hi_11/Emma-Maembong-kekasih-Zizan#ixzz2QgnCeGa4 



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.