Ahad, 14 April 2013

Ahad, April 14, 2013


Fasha Sanda Terharu Doa Nora Danish Untuk Diri Dan Anaknya

Fasha Sanda Terharu Doa Nora Danish Untuk Diri Dan Anaknya | Fasha Sandha, pelakon yang sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata sulungnya,  memberitahu dia berasa sangat terharu dengan doa yang dititipkan oleh Nora Danish terhadap dirinya sebelum ini.

Nora Danish sebelum ini mendoakan agar proses kelahiran Fasha nanti berjalan lancar dan selamat serta sihat buat kedua ibu dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Menurut Harian Metro, Fasha mengatakan, “saya berterima kasih kepadanya kerana mendoakan kesihatan saya. Ia satu doa yang bermakna kerana dia (Nora) adalah keluarga saya juga, lagipun Putra Rayqal adalah abang kepada anak sulung saya.

“Soal lama dan segala apa yang pernah berlaku antara kami dulu semuanya tidak lagi saya fikirkan,” jelas Fasha.

Fasha juga mengakui kerap bertemu dengan Nora ketika aktres itu ingin mengambil dan menghantar Rayqal ke rumahnya selain dia juga rajin menjaga Raqyal ketika di bawah jagaan suaminya.

“Justeru setiap kali ingin menghantar pulang atau Nora yang datang mengambilnya, kami pasti bertemu dan berbual. Alhamdulilah ia adalah perkara yang baik dan saya cukup menghormati keadaan itu,” katanya.

Semoga hubungan baik yang dibina akan berkekalan buat selamanya dan buat Fasha, semoga proses kelahiran bayinya nanti selamat dan berjalan lancar hendaknya.


sumber
http://mynewshub.my/?p=152899



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.