Isnin, 15 April 2013

Isnin, April 15, 2013
Gaji Jurucakap Lagi Tinggi Dari Gaji Vladimir Putin

Gaji Jurucakap Lagi Tinggi Dari Gaji Vladimir Putin | Nak kata pelik tidak juga, tetapi  apa yang nyata pendapatan tahunan Presiden Russia Vladimir Putin tahun lalu berjumlah 5.7 juta ruble (RM558,000), tetapi pendapatan jurucakapnya hampir sekali ganda melebihi beliau.

Menurut jurucakap Putin, Dmitry Peskov, dia memperoleh pendapatan sebanyak 11.1 juta ruble (RM1.1 juta) tahun lalu 5.4 juta ruble (RM529,000) lebih tinggi daripada gaji pemimpin itu.

Perisytiharan pendapatan kini diwajibkan ke atas pegawai Russia selepas diperkenalkan tahun lalu selepas isu pendapatan Timbalan Perdana Menteri Pertama Igor Shuvalov memeranjatkan seluruh penduduk Russia.

Perisytiharan pendapatan tahun lalu menunjukkan pendapatan keluarga Shuvalov berjumlah 449.4 juta ruble (RM48 juta), paling tinggi di kalangan pegawai Russia. Pendapatan peribadinya adalah separuh daripada yang diperoleh isterinya.

Seorang jurucakap berkata, Shuvalov memindahkan asetnya ke Russia kerana undang-undang negara itu melarang pegawai mempunyai akaun bank di luar negara.

Perdana Menteri Dmitry Medvedev memperoleh pendapatan 5.8 juta ruble (RM568,000) sementara isterinya tidak mempunyai pendapatan. - Daily Mail

Artikel Lain



sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GajijurucakaplebihtinggidarigajiPutin/Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.