Khamis, 25 April 2013

Khamis, April 25, 2013
Gambar Kenderaan Tenggelam Akibat Banjir di Universiti Malaya | Hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini terutamanya disebelah petang mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Info terbaru, petang semalam hujan lebat selama lebih kurang sejam yang melanda kawasan Lembah Klang  telah mengakibatkan beberapa kawasan di Universiti Malaya dinaiki air dan menengelamkan beberapa kenderaan.

Gambar Kenderaan Tenggelam Akibat Banjir di Universiti Malaya

KL dilanda banjir kilat

Gambar Kenderaan Tenggelam Akibat Banjir di Universiti Malaya

Info dari kosmo,
Beberapa kawasan dan jalan raya utama di sekitar ibu negara ditenggelami air ekoran hujan lebat selama lebih sejam petang semalam.
Antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir kilat yang bermula pada kira-kira pukul 5 petang termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Segambut, Jalan Maarof serta Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya Pantai Baru.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, hujan lebat turut menyebabkan beberapa pokok tumbang sehingga menghempap dua kenderaan di Plaza Perabot, Jalan Klang Lama.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.



Artikel Lain





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.