Ahad, 14 April 2013

Ahad, April 14, 2013
Gambar - Penyokong Pakatan Rakyat Di Tetak Penyokong UMNO

Gambar - Penyokong Pakatan Rakyat Di Tetak Penyokong UMNO | Menurut beberapa laman blog pembangkang, kejadian seorang lelaki parah kerana ditetak ketika berebut memasang bendera berlaku di Felda Neran 1, Terengganu.

Artikel Kezoom, Seorang Lelaki Parah Di Tetak Berebut Pasang Bendera berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kes dibawah. Berikut adalah petikan penuh dari blog keadilandaily berkenaan kes tersebut dan juga pengakuan/pengesahan dari seorang dari rakan mangsa..


Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.
Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.
“Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ia menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.
Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.
Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.
Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.
Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.
Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.
(FZL)

Penyokong Pakatan Rakyat Di Tetak Penyokong UMNO




#Hal2 kecil pun sampai nak berparang bagai....apa nak jadi dengan melayu sekarang nih?


sumber
http://www.keadilandaily.com/penyokong-umno-tetak-petugas-pakatan-letak-parang-di-kepala/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.