Jumaat, 26 April 2013

Jumaat, April 26, 2013
Memey Akui Akan Terus Bertudung | Memey akhirnya mengakui kepada umum bahawa dia kini sudah membuat keputusan untuk terus kekal bertudung. Alhamdulillah, satu keputusan yang disambut baik semua peminatnya.

Gambar Terbaru Memey Bertudung -  Akui Akan Terus Bertudung
"Terima kasih semua ats sokongan n doa.. ini wajah baru sy skrg & insha’Allah selamanya.. Credit tudung dr butik kakak kita @abby_abadi #syuhadacontemporary♥ #suami ♥ #family ♥",-Memey
Dengan info terbaru ini, ianya menepis dakwaan yang mengatakan Memey belum bersedia lagi untuk berhijrah. Memey juga sebenarnya pernah menyatakan hasrat kepada suaminya Norman Hakim untuk kekal bertudung sejak seminggu lalu namun tidak menghebohkan niatnya itu. Menurut Memey,

“Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung,” ujar Memey sebentar tadi.

“Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,”.

“Abang (Norman) sangat gembira dengan perubahan ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa,” ujar Memey lagi.

Gambar Terbaru Memey Bertudung -  Memey Akui Akan Terus Bertudung


Menjawab persoalan adakah Memey akan meninggalkan bidang lakonan dek kerana penghijrahannya, Ibu kepada baby Darwish Hakim ini menjawab, tidak akan melupakan bidang lakonan walaupun telah berhijrah kerana dia mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang lakonan yang sekian lama diceburinya.

“Buat masa ini saya memang mahu beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Namun, saya tidak nafikan mungkin tawaran itu akan berkurangan. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana.” Akur Memey.


Artikel Lain







sumber
http://ohartis.com/2013/04/memey-suhaiza-nekad-untuk-terus-bertudung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.