Jumaat, 26 April 2013

Jumaat, April 26, 2013

Gambar - Tun Mahadhir Salah Guna Harta Kerajaan? Tempoh untuk kesemua calon yang terpilih dan juga orang kuat parti politik berkempen pada pilihanraya Umum 2013 (PRU13) sudah pun bermula. Malangnya penyalahgunaan harta kerajaan dan harta awam dalam kempen-kempen pilihan raya kecil atau umum kini telah menjadi lumrah di negara kita dengan rasa tidak bersalah dan masih terus digunakan sceara berleluasa.

Gambar - Tun Mahadhir Salah Guna Harta Kerajaan?

Berat hati dipihak Kezoom untuk meluahkannya, namun demi satu kebenaran ianya diambil juga sebagai tauladan dan pengajaran kepada semua parti politik di Malaysia agar TIDAK mengulanginya dimasa hadapan.

BN dan UMNO sebenarnya masih lagi tidak serik-serik lagi. Walaupun telah berulangkali dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang harta kerajaan semasa kempen PRU13 ini.

Terbaru, Dr. Mahathir dikesan dikatakan menaiki helikopter TLDM dari Kuala Lumpur ke Pengkalan TLDM Lumut untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Perpaduan Ummah Menjelang PRU13″ pada 23 April 2013 yang lalu. 

Apa yang sangat dikesalkan, mengapa penggunaan harta kerajaan semasa tempoh berkempen dibenarkan dan ditutup sebelah mata sahaja oleh pihak-pihak berkenaan?

Dr Mahathir selaku mantan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya lebih tahu tentang undang-undang dan larangan menggunakan harta benda kerajaan semasa berkempen.

Gambar - Tun Mahadhir Salah Guna Harta Kerajaan?

Kalau pun beliau dijemput, sebaiknya, Dr Mahathir mempunyai integriti, di mana beliau boleh menolak pelawaan untuk menaiki helikopter tersebut kerana datangnya adalah bertujuan untuk menyampaikan sebuah ceramah politik. Bukankah SPR telah pun memberikan peringatan dan garis panduan kepada semua parti-parti politik yang bertanding.

Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka. Amalan ini hendaklah dihentikan untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan dan ideologi politik maisng-masing.

Teringat ungkapan emas Dato’ Hj. Fadzilah Kamsah : “Manusia bila selalu buat salah, apa yang salah dia rasa betul” Kami sebenarnya berharap agar parti-parti politik di Malaysia ini sentiada menghormati undang-undang yang ditetapkan serta mematuhi peraturan semasa berkempen. Negara sudah lama amal sistem demokrasi, tetapi malangnya mentaliti sesetengah parti politik masih mentaliti diktator. Apa pendapat anda pula?

Artikel Lain







sumber
http://www.forblogger.net/2013/04/gambar-tun-mahathir-salah-guna-harta-kerajaan-semasa-kempen-pru13.html





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.