Selasa, 23 April 2013

Selasa, April 23, 2013
Gangguan Makhluk Halus - Akibat Termakan Makan Tulang Lama

Gangguan Makhluk Halus - Akibat Termakan Makan Tulang Lama | Seorang kanak-kanak Muhammad Danish Shahlan Mohamed Bashah, 7, yang berusia tujuh tahun dikatakan telah terkena gangguan makhluk halus akibat termakan tulang lama ketika beliau berumur setahun.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie yang hadir ke rumah kanak-kanak tersebut bersama tiga pembantunya di Guchil 3, Kuala Krai, Kelantan.

"Kanak-kanak itu dipercayai termakan tulang lama yang dikutip ketika berusia setahun ke atas sebagai punca gangguan hingga menyebabkan perlakuannya menjadi agresif.

“Untuk rawatan, kita beri air zam-zam yang dibacakan doa dan selepas seminggu, insya-Allah, kita akan tengok perubahan kerana kelahiran kanak-kanak ini asalnya normal.

“Kita juga sumbangkan produk Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, kopi penawar ruqyah dan kopi delima ruqyah yang baik untuk saraf serta dapat menguatkan jasmani dan rohani,” katanya.

Shamsuri turut menasihatkan ibu kanak-kanak itu, Fauziah Muhamad supaya menerima keadaan Muhammad Danish Shahlan sebagai dugaan dan percaya setiap penyakit, ada ubatnya.

“Ini dugaan masa dia kecil, mungkin bila besar nanti keadaannya akan lebih baik. Kita kena selalu ingat, ALLAH beri sesuatu ujian mengikut kemampuan kita. Sebagai hamba, kita kena berusaha dan banyakkan berdoa,” katanya.

Gangguan Makhluk Halus - Akibat Termakan Makan Tulang Lama


Shamsuri menambah, kedatangannya itu bertujuan untuk membantu dan mengenal pasti punca hiperaktif dihidapi seorang ahli keluarga itu, Muhammad Danish Shahlan Mohamed Bashah, 7.

“Rawatan dilakukan untuk menenangkan jiwa kanak-kanak ini yang gundah gulana dan kusut. Selepas rawatan, kita dapati keadaan ini ada sebabnya iaitu terkena gangguan (makhluk halus),” katanya kepada wartawan Sinar Harian, kelmarin.

Orang ramai yang memerlukan bantuan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi boleh menghubunginya di 013-2898296 atau 013-9609268 atau layari laman sesawang www.at-tobibi.bogspot.com.




sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/termakan-tulang-lama-punca-terkena-gangguan-1.152995


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.